Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, March 3, 2011

kawan, bila lama tak jumpa..

laaaaama sungguh tak jumpe Zed.
last jumpe Zed, aariz masih dalam perut. [2thn lebeh jugak laa tak jumpa]
dia antara kawan aku yg jauh tapi rajin contact aku.
dulu masa zaman aku alpha di M.M.U Mlk, aku tak berapa berkenan ngan dia sbb mukanye yg sombong dan aku rasa dia adalah seorang yg belagak..dan aku rasa kitorang takkan berkawan.
[dia bagai gajah, aku hanya semut merah - ewah]
tak sangka bila kami di Cyberjaya, aku bleh rapat dengan dia..
semua bermula dengan netball.
aku ngan dia menjadi rapat disbbkan se-team netball wakil MMU.
tahun akhir aku di M.M.U lagik merapatkan aku ngan dia.
ambil kelas dan subjek yg sama, study sama, tidur sama(kadang2 kongsi katil sempit2 tu), shopping sama2, n still main netball sama2.
paling bezz bila dia suka ajak kitorang[aku dan roomateku masa tuh mancet, ngan hooda] swimming sama2 kat cyberia.
masa tuh mmg kitorang gila la bergym dan swimming di clubhouse cyberia tuh.
dia mmg laser orgnye.
siapa tak kenal dia, mesti akan kecik ati laa dengan kelaseran mulutnya.
tp dalam laser2 dia tuh, dia baik ati orangnye.
mmg kata2 dia straight to the point takde tapis2.
ape dia rasa, dia cakap je.
aku dah biasa kene laser ngan dia.
habis study, masing2 dengan haluan masing2. [6 thn sudah]
dia ke abu dhabi. aku di sini
so jarang lah dapat jumpa dia. skali sekala bila dia balik malaysia[kalo dia tak trus balik ke sabah] tu je laa dapat jumpa dia.
sekarang walopon dia dah berada di malaysia pon jarang kitorang dapat jumpa. sbb dia lebeh suka dok kat sabah tuh.
kemarin dia turun kl, ada interview katanya.
dapat lah jumpa dia.
biasalah kitorang kalo zed turun kl je, rajin laa masing2 nak kumpul2 tuk berjumpa.
tp smlm tak ramai yg dapat kitorang kumpul sbb masing2 dnegan commitment masing2.
hari bekerja pon kan, susah laa sket nak kumpul.
dapat jumpe mancet dan zura je.
ok lah tuh, ada jugak yg memeriahkan suasana.
borak2, gelak2, gossip2.
laaaaaaaaaaaaaaaaaama sungguh tak borak2 gitu.
rasa terharu walopon jauh dan laaaama tak jumpa, tak sangka si zed masih rajin contact aku.
thanks zed!
adeh tetibe teringat plak zaman di M.M.U dulu..rinduuuu
ni gambar2 kitorang di hari last paper final year aku di M.M.U..
bergambar sakan kitorang okeh..br je habis last paper la katakan..[malas betul nak godek external hd, sebbayek teringat ada gambar lama kat fotopages aku, terpaksa cilok situ je..]

oh smlm gather2 di The Waterlily Bistro tropicana ni. [more info, sila klik di situ dan sini]
walopon sekangkang kera je rumah aku ngan restaurant ni, tapi tak pernah plak kitorang jejak kaki disitu.
mancet lah yg suggest tuk jumpa kat situ.
derang serve balinese food..ala2 bumbu bali @ ole ole bali
sedap tapi agak mahal sedikit.
air barli lemon dia sedapppppppppp!!
decor dalamnye pon cantik.
saper yg terasa nak makan makanan bali, bleh lah ke situ ye.

aku-mancet-zed..zura tiada dalam gambar
cumi cumi goreng ni sedap!!
siap ape tah ni nama dia..lupaaa..sedap jugak
grilled lamb and chicken combo.. daddy kate ni balinese food ke? ahaha ada jugak menu western di situ

halal katenye..insya Allah.

3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...