SIDS: Suddent Infant Death Syndrome Ini ialah istilah perubatan untuk kematian mengejut bayi berumur 1 bulan hingga setahun, tapi yang paling terdedah ialah yang berumur anara 1- 4 bulan. Bayi lelaki lebih berisiko berbanding perempuan… natural selection kah???... Ibu bapa terkejut, atuk nenek terkejut …semua orang terkejut sebab bayi biasanya sihat sebelumnya dan bayi mati dalam tidur tanpa sebarang tanda lemas atau seumpamanya. SIDS adalah penyebab kematian yang utama pada usia yang dinyatakan tadi, di US ada 2500 kes SIDS setahun…statistik kat Malaysia tak tahu…sebab data data tak warwarkan dan yang penting diagnosis tidak dapat dibuat dengan tepat. SIDS didiagnos secara “diagnosis of exclusion”, maknanya segala penyakit lain telah di kecualikan sebagai penyebab kematian..bukan penyakit tu..tidak penyakit itu..bila dah tak ada penyakit lain..SIDS lah penyebabnya…dan yang sepatutnya kena buat ialah pembedahan postmortem untuk kenalpasti penyebabnya dan bab bab postmortem ni payah lah sikit nak dapat persetujuan keluarga…sabit tulah SIDS tak didiagnosis dengan tepat. SIDS boleh sebabkan kematian kepada bayi sesiapa saja, datang tiada bertanda dan tanpa sebarang symptom. Sebelum tidur sihat tapi tak sedar sedar kesokan paginya…sedihkan???
Ada beberapa teori yang boleh kaitkan sebagai penyebab SIDS…
- Bayi dalam keadaan stress kepada persekitaran
- Ada kecacatan peringkat sel dan biokimia badan yang tak di ketahui
- Kegagalan system badan untuk berkembang
- Bayi terdedah kepada pembesaran mendadak dalam tahun pertam kehidupan
Walaupun punca sebenar tidak di ketahui, di dapati ada beberapa factor yang meninggikan risiko SIDS antaranya…
- Merokok, minum arak dan salahguna dadah/ubat ketkia mengandung
- Penjagaan semasa mengandung -antenatal care yang tak bagus
- Kelahiran pramatang dan bayi yang lahir kurang berat badan Pasif smoking…..***bapak bapak..kalau ada anak kecil jangan bahaya kan nyawa diorang dengan merokok sambil dukung anak….pi merokok jauh jauh
- Ibu mengandung terlalu muda
- Bayi yang kepanasan- pakai baju tebal tebal, dengan selimutnya…pengudaran tak elok..
- Tidur meniarap
Tidur meniarap
Masa dbi kecik kecik dulu..ada saudara yang baru balik dari belajar kat US…anak tiga, tapi semua kepala bujur bolong gitu..bukan bulat macam muka melayu..kisahnya semua anak anak dia ni masa bayi tidur meniarap..sebab utama bayi bayi kat US ditidurkan meniarap ialah takutkan radang paru paru akibat muntah/jeluwok..yang boleh masuk paru paru kalau tidur terlentang.. *jeluwok-regurgitated Jadinya..adik beradik saudara ni..ikutlah nasihat dan amalan ni….tiarapkan anak nak bila tidur..tapi ada jugak yang tak setuju..yer lah kan..tidur meniarap..mana boleh dalam adat melayu..mati mak kang!!!!... Setelah dikaji kaji..rupanya tidur meniarap akan tingkatkan risiko SIDS kerana meniarap kan bagi tekanan kepada rahang dan akan sempitkan salur pernafasan. Bayi juga akan lebih cenderung untuk bernafas dengan udara berC02 yang di hembuskan terutama jika ada cadar, selimut di bahagian hidung. Setelah dikaji dan dapat bukti yang cukup, American Academy of peadiatric AAP pada tahun 1992, telah menyarankan bayi yang berumur kurang satu tahun, hendaklah ditidurkan secara terlentang,tidak lagi meniarap. Selepas saranan itu…kes kes SIDS menurun sebanyak 50%... Tentang risiko bayi mati tercekik muntah/jeluwok jika tidur terlentang…mengikut kajian..risikonya tidaklah membimbangkan. Agak mustahil bayi tidur tidak bergerak gerak…bagi bayi yang berumur lebih 4 bulan, tak perlulah kita betulkan balik kedudukan bayi jika bayi itu meniarap sendiri..mungkin bayi mencari keselesaan posisi tidur dan itu biasanya selamat.
Walaupun SIDS tidak dapat dicegah dan di jangka, ada beberapa tip yang boleh diambil dan dilakukan..
- Elakkan merokok, minum arak dan menyalahgunakan ubat ketika mengandung..Risiko SIDS meningkat tiga kali ganda..begitu juga bapak bapak yang merokok…pasif smoking pun ada risiko yang sama
- Ibu yang mengadung perlu dapatkan check up yang awal dan berkala untuk mencegah dan mengesan factor risiko.
- Menyusu badankan bayi anda
- Tidurkan bayi atas tilam yang firm..tidak terlalu lembut..jauhkan bantal,selimut,mainan yang boleh tingkatkan risiko rebreathing nafas hembusan
- Tidurkan bayi dalam suasana yang selesa, jgn di bilik yang terlalu panas atau sejuk, bayi yang tidur dalam keadadn tidak selesa akan terlalu lena-ala la nak pengsan gitu dan sukar di kejutkan
- Jangan biarkan anak kecil tidur keseorangan di bilik sebelah..seeloknya tidur di bilik yang sama.untuk ibubapa mengesan sebarang kelaianan bayi ketika tidur
- Bayi yang menghisap puting-pacifier ketika tidur masa tahun pertama , kurang risikonya untuk dapat SIDS..tapi janganlah paksa kalu baby tak nak puting…
sekian..sama2lah kita berkongsi ilmu..credit to mancet yg tlh memfwd info ni kepada aku dulu..thanks eh cet!
sungguh bagus info ni..dengan afif aku mmg biasakan die tidor meniarap dari dalam pantang tp waktu siang jela dan aku monitor sebab aku pon takut juga kes2 lemas ni sebab tu kepala die pon cantik hahaha (bukan aku puji tp semua org tanye apesal kepala die bulat elok dan tak leper)...pastu bila malam aku tidorkan terlentang macam biasa...tp bila dah makin besar ni..kite tidorkan die terlentang lepas BF..die akan pusingkan badan tidor meniarap..agaknye lebih selesa kot mcm tu..mintak jauhla perkara2 mcm ni berlaku pada anak2 kita..
ReplyDeleteyerp.. mmg aku ada baca dulu sebelum branak,xelok tidurkan menerap.
ReplyDeleteada sekali tu, masa dlm pantang makcik aku dtg rumah, bising suh tidokan menerap.. dia ckp bb selesa menerap, tido lama, xsenang terkejut..
tapi takde la aku ikut kan.. :P
farah: tu laa..ramai yg suh aku tidokan baby meniarap supaya die nye kepala cantik..tp aku tak brani nak tiarapkan die, sbb baca info ni laa..tp luckily anak aku tido mengiring..so takde laa leper sangat kepala die..hihi
ReplyDeleteitu lah..mintak dijauhkan..amin!
murni: sama laa..aku pon tak ikut kan..