sekarang orang dok sedeh bercerita pasal arwah adik Faris..
kat blog, kat fesbuk masing2 sebuk update pasal arwah adik Faris ni..
saya start ternampak gambar sedeh arwah adik kat fesbuk kawan saya..
dia post kat wall dia..the moment saya nampak gambar dia tu, trus ternanges..sbb tak tahan tengok air mata arwah yg bergenang kat tepi mata dia..sedeh gila! trus saya comment kawan saya tu..
pastuh tak lama lepas tuh, berita dan cerita pasal adik ni tersebar meluas kat fesbuk!
lagi2 bila mazidul(wartawan tv3) tu buat liputan(lebeh kurang lah) entri kat blog dia updates pasal arwah adik faris ni..
rabu petang saya baru je terbaca kat blog mazidul tu pasal STM..dah pasang hajat nak menyumbang! skali ari khamis pagi nampak kat blog mazidul pesanan bapa arwah kate wang sumbangan dah mencukupi untuk bayar bil hopital dan arwah telah pergi buat selamanya! innalillahiwainnailahiraji'un..sedeh gilaaaa baca cerita ibunye pasal air mata faris mengalir sebaik dia menutup mata!
Mungkin arwah sedih nak meninggalkan keluarganye terutama ibunya yang sentiasa berada di sisi nya? mungkin dia dalam kesakitan? mungkin juga dia ketakutan? huwaaa saya tak dapat bayangkan kalu saya lah ibu yg berada di tempat ibu arwah faris! runtun jiwaaaa!
dalam banyak2 status dan cerita berkaitan dgn arwah adik Faris ni, saya tersentuh dan insaf dengan pesanan dari ayah arwah adik Faris!
Pesanan dari ayah kepada Allahyarham Faris Nur Daniel buat semua ibu bapa...
Buat kawan-kawan semua.... Antara perkara yang kita boleh jadikan pengajaran dari kisah Allahyarham Faris Nur Daniel...
1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc... That might be the last night that he/she does that.
2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.
3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.
4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.
5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats.
Bottom line is......Hargailah masa anda bersama anak-anak...Kita tak tau bila kita atau dia yang akan "pergi" dulu.
Copy & paste~
*mode: saya insaff!! huwaaaa rindu kat anak2! derang balik nanti nak peluk derang kuat2!! sob!
No comments:
Post a Comment