Thursday, October 22, 2009
counting days..
hanye mendengar sore daddynye saje..
nasib baik aariz masih belum tahu ape itu rindu..
hanya mamanye saje yg memendam rindu..
di pagik2 bute ni tetibe terasa ingin melayan syahdu..
tiada mood tuk meneruskan kerja..
semakin bosan dengan kerja..
testing..research..report..meeting..kene bambu..haih
sampai bila laa agaknye aku dapat bertahan?..
daddy cepat le balik!! kami rinduuu..
di pagik2 bute ni syok juge layan lagu syahdu..
lagu ni dituju khas buat En. Daddyku..
Wednesday, October 21, 2009
Happy Birthday Daddy!
Happy Birthday sayang
hope your day is really special..
filled with love, laughter & joy..
just like you make all of mine!
ever since you came into my life..
you made it so wonderful,
you make me feel special with everything you do
and all that you say..
On your special day,
i am madly in love with you
and will love you forever and ever...
ur wife
mmuahhhhhhhhhhhhhhh!
Tuesday, October 13, 2009
Good info - SIDS: Suddent Infant Death Syndrome
SIDS: Suddent Infant Death Syndrome Ini ialah istilah perubatan untuk kematian mengejut bayi berumur 1 bulan hingga setahun, tapi yang paling terdedah ialah yang berumur anara 1- 4 bulan. Bayi lelaki lebih berisiko berbanding perempuan… natural selection kah???... Ibu bapa terkejut, atuk nenek terkejut …semua orang terkejut sebab bayi biasanya sihat sebelumnya dan bayi mati dalam tidur tanpa sebarang tanda lemas atau seumpamanya. SIDS adalah penyebab kematian yang utama pada usia yang dinyatakan tadi, di US ada 2500 kes SIDS setahun…statistik kat Malaysia tak tahu…sebab data data tak warwarkan dan yang penting diagnosis tidak dapat dibuat dengan tepat. SIDS didiagnos secara “diagnosis of exclusion”, maknanya segala penyakit lain telah di kecualikan sebagai penyebab kematian..bukan penyakit tu..tidak penyakit itu..bila dah tak ada penyakit lain..SIDS lah penyebabnya…dan yang sepatutnya kena buat ialah pembedahan postmortem untuk kenalpasti penyebabnya dan bab bab postmortem ni payah lah sikit nak dapat persetujuan keluarga…sabit tulah SIDS tak didiagnosis dengan tepat. SIDS boleh sebabkan kematian kepada bayi sesiapa saja, datang tiada bertanda dan tanpa sebarang symptom. Sebelum tidur sihat tapi tak sedar sedar kesokan paginya…sedihkan???
Ada beberapa teori yang boleh kaitkan sebagai penyebab SIDS…
- Bayi dalam keadaan stress kepada persekitaran
- Ada kecacatan peringkat sel dan biokimia badan yang tak di ketahui
- Kegagalan system badan untuk berkembang
- Bayi terdedah kepada pembesaran mendadak dalam tahun pertam kehidupan
Walaupun punca sebenar tidak di ketahui, di dapati ada beberapa factor yang meninggikan risiko SIDS antaranya…
- Merokok, minum arak dan salahguna dadah/ubat ketkia mengandung
- Penjagaan semasa mengandung -antenatal care yang tak bagus
- Kelahiran pramatang dan bayi yang lahir kurang berat badan Pasif smoking…..***bapak bapak..kalau ada anak kecil jangan bahaya kan nyawa diorang dengan merokok sambil dukung anak….pi merokok jauh jauh
- Ibu mengandung terlalu muda
- Bayi yang kepanasan- pakai baju tebal tebal, dengan selimutnya…pengudaran tak elok..
- Tidur meniarap
Tidur meniarap
Masa dbi kecik kecik dulu..ada saudara yang baru balik dari belajar kat US…anak tiga, tapi semua kepala bujur bolong gitu..bukan bulat macam muka melayu..kisahnya semua anak anak dia ni masa bayi tidur meniarap..sebab utama bayi bayi kat US ditidurkan meniarap ialah takutkan radang paru paru akibat muntah/jeluwok..yang boleh masuk paru paru kalau tidur terlentang.. *jeluwok-regurgitated Jadinya..adik beradik saudara ni..ikutlah nasihat dan amalan ni….tiarapkan anak nak bila tidur..tapi ada jugak yang tak setuju..yer lah kan..tidur meniarap..mana boleh dalam adat melayu..mati mak kang!!!!... Setelah dikaji kaji..rupanya tidur meniarap akan tingkatkan risiko SIDS kerana meniarap kan bagi tekanan kepada rahang dan akan sempitkan salur pernafasan. Bayi juga akan lebih cenderung untuk bernafas dengan udara berC02 yang di hembuskan terutama jika ada cadar, selimut di bahagian hidung. Setelah dikaji dan dapat bukti yang cukup, American Academy of peadiatric AAP pada tahun 1992, telah menyarankan bayi yang berumur kurang satu tahun, hendaklah ditidurkan secara terlentang,tidak lagi meniarap. Selepas saranan itu…kes kes SIDS menurun sebanyak 50%... Tentang risiko bayi mati tercekik muntah/jeluwok jika tidur terlentang…mengikut kajian..risikonya tidaklah membimbangkan. Agak mustahil bayi tidur tidak bergerak gerak…bagi bayi yang berumur lebih 4 bulan, tak perlulah kita betulkan balik kedudukan bayi jika bayi itu meniarap sendiri..mungkin bayi mencari keselesaan posisi tidur dan itu biasanya selamat.
Walaupun SIDS tidak dapat dicegah dan di jangka, ada beberapa tip yang boleh diambil dan dilakukan..
- Elakkan merokok, minum arak dan menyalahgunakan ubat ketika mengandung..Risiko SIDS meningkat tiga kali ganda..begitu juga bapak bapak yang merokok…pasif smoking pun ada risiko yang sama
- Ibu yang mengadung perlu dapatkan check up yang awal dan berkala untuk mencegah dan mengesan factor risiko.
- Menyusu badankan bayi anda
- Tidurkan bayi atas tilam yang firm..tidak terlalu lembut..jauhkan bantal,selimut,mainan yang boleh tingkatkan risiko rebreathing nafas hembusan
- Tidurkan bayi dalam suasana yang selesa, jgn di bilik yang terlalu panas atau sejuk, bayi yang tidur dalam keadadn tidak selesa akan terlalu lena-ala la nak pengsan gitu dan sukar di kejutkan
- Jangan biarkan anak kecil tidur keseorangan di bilik sebelah..seeloknya tidur di bilik yang sama.untuk ibubapa mengesan sebarang kelaianan bayi ketika tidur
- Bayi yang menghisap puting-pacifier ketika tidur masa tahun pertama , kurang risikonya untuk dapat SIDS..tapi janganlah paksa kalu baby tak nak puting…
sekian..sama2lah kita berkongsi ilmu..credit to mancet yg tlh memfwd info ni kepada aku dulu..thanks eh cet!
4months old Aariz
skang ni aariz kalo meniarap mengundur je lebeh..ke depan tak plak..baru-baru ni dah pandai plak angkat bontot tu..nak merangkak plak ke anakku?
ha angkat bontot lagik..tp menyembamkan muka tu kenape? tak lemas ke? hmm budak nak merangkak macam ni ke ek? anak2 korang camne ek? nak start merangkak camni ke? ke anakku salah tektik teknik ni?
Thursday, October 8, 2009
yummmeh!!
tgk lah inti die! meriah!!
tp arini..En. Daddy tidak pulang tgn kosong..die pulang dengan pau kaya,pau kacang, pau kari ayam n pau kari daging!! yummmeehh!!..bukan setakat itu saja..die juge pulang bersama2 duriann!! yippee! nyum nyum..masih ada musim durian ek? ingatkan dah habis..
semua ni berharga hanya rm10! mmg sangat untung!! isi yg sedap lagik enak, dan meriah![tetibe teringat makan durian rm15 sebijik di uptown sebelum bersalin aritu..sakit ati je bila kenang]
oh En. Daddy kata, ada petua mau isi durian yg sedap..pilih durian yg durinye tajam dan runcing..sure isi die tebal dan sedap..kalo duri pendek, isi nipis..jadi kalo mau memilih durian, pilihlah duri yg tajam dan runcing ye kawan2..
oh nak tanye..kalo kita breastfeed, ada efect ke kat baby kalo dok makan durian banyak2?siapa tahu? tolong bagiktahu..plzp/s: kakti, kalo tunjuk kat mama ni, sure die jeles!haha
Monday, October 5, 2009
10L junior
Thursday, October 1, 2009
Happy 4 months Birthday Aariz Zafir!
