Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, June 5, 2012

Aariz's first LRT experience

Aariz first time ride on train was when we were at seaworld, GC 2 years ago (not really train laa..menan je)..aariz 1 yr old time tu..time tu celebrate birthday aariz kat GC..
daddynye yang eksaited lebeyy..
tapi masa tu dia tak excited pon naik..nanges lagik ada laa!
nowadays, dia sangat lah minat dengan train! gara2 terpengaruh ngan katun chuggingtons and thomas laa ni!
minat sungguh dia dengan any choo choo train! kat rumah ni je ada baanyak choo choo train dia!
bawah meja mama, bawah ironboard mama..merata2 laa dia nye train!

pernah satu masa tu, on the way to midvalley, kan from fed highway tu kita boleh nampak lrt kan? skali dia nampak laa lrt, dia jerit "daddy! choo choo train!"..puas aku carik..rupenye sayup2 tuh dia boleh nampak!..masa kitorang betul2 dekat kerinchi tu, choo choo train tu hilang masuk building..sedeh giler dia "choo choo train hilam!" (choo choo train hilang)..
pastuh masa balik tu, mestilah lalu jalan yg sama kan? dia carik2 "mana choo choo train?"..tak muncul plak2 choo choo train..sanggup si daddynye pergi ke taman jaya plak! park kat parking lot tepi amcorp mall tu ngadap betul2 depan stesen lrt tu..so that kalu ada lrt lalu, boleh laa aariz nampak! [perghh bapaknye demi anak terchentaaa]
lama kitorg dok situ! aariz suka giler tgk lrt yang lalu! tp kitorang takde laa nak pi naik plak..sbb masa tuh dah malam..
pastu kitorang plan laa nanti satu hari nanti nak kasik aariz naik lrt..
ahahaha 'satu hari' tu dah berbulan2 tak pi pi jugak kitorang ni bawak si aariz naik lrt! sian dia! tp kitorang takde laa janji ngan dia..so dia takde tuntut pon..
yang kesiannye setiap kali pergi mana2, nampak flyover je dia ingat ada lrt! "choo choo trainn!!"..padahal bukan rail lrt pon!
sampai lah ari sabtu lepas, kebetulan daddy nak pi petaling street carik spiderman theme party deco, tp dia malas nak bawak kereta masuk kl..jadiknye lrt laa paling convenient!
taaaaapi! mama kerja..jadik adik n mama kene laa tinggal! mereka berdua jer pergi naik lrt! cis! sobb sobb! =(
daddy kate aariz gembira betul dapat naik lrt!
huwaaa mama rugi laa tak dapat tgk excitednye muka si aariz!
takpe takpe..nanti kita pergi lagik ok aariz? next time mama nak ikuuuutt! mama tak kira!

Friday, June 1, 2012

Aariz turns 3 today!

Time flies..So fast!
Aariz is 3 years old yaw!
Alhamdulillah..he's so talkative nowadays! But still pelat2 tak abes lagi..so comel okeh!
Can't wait to celebrate u on this sunday! Hope u'll enjoy it!


Happy Birthday my spiderboy!
We love u so much!

Wednesday, May 9, 2012

PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA ♥♥

sajer nak share dengan korang khasnya buat kaum ibu..

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

* Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”


* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”
* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”
* Bayi bertanya lagi: ”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya."

* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”
Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”
Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.

bersempena Hari Ibu yang bakal tiba tak lama lagi, saya mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua rakan2 dan mama saya Puan Hajah Ramlah Endut. Saya saaaaayang mama saya! 

Wednesday, May 2, 2012

wordless wednesday #15 ~ aariz vs aqeef

Friday, April 13, 2012

It's my BIG three-oh!!

Oh semalam punye cerita!
12 April 2012 umur saya cecah 30 tahun!
TIGA KOSONG! (buang kosong belakang, saya sebaya aariz! Akaka!)
Eh! Age is just a number! I'm still young!
Hihi
I received tons of birthday wishes on FB+twitter+sms and whatsapp!
Felt so special with all those wonderful birthday wishes and thoughtful du'a!
Semoga Allah makbulkan doa-doa kalian! Thank you so muccchhhh guys!

Alhamdulillah 30 tahun sudah saya hidup di bumi Allah ini..
Semoga Allah memberkati hidupku di dunia dan di akhirat!

Semalam macam biasa, jalan-jalan ngedate dengan inche suami.. Makan di chilis dan shopppinggg!
Di chilis dpt brownies with icecream free! Nyummehhh!
Tapi tersipu-sipu la kejap sebab mereka ramai2 keliling dan nyanyi2 birthday song tuk saya! Ahaks




ini saya punye! dappnye! craving for salmon lately..


first time order ini..ada onion ring yang sedap rupenye! sedaaapp giler!
All time fav!



saya dapat ini semalam! thanks sayang! [saya pelik kasut ini saya kene pakai size 7! kaki saya size 5 sebenarnye..slalu kalu crocs saya amik size 6..tapi kasut ini saya kene pakai 7! dah ler susah nak carik size 7! sampai ou outlet reservekan yang kat bangsar outlet..haha kitorang sampai ke bangsar village semata2 nak buru size 7 untuk color purple comel ini! last pair pulak tu!]


-Posted using Blogger from my iPhone

Friday, March 23, 2012

Warehouse Mattel 23-24 march 2012

sebenarnye nak pi sini nak cari bday present tuk furqan[anak cousin]..
esok ada bday party, tp kitroang tak sempat pon nak pi beli hadiah lagi..
dah alang2 ada warehouse ni dekat je plak ngan office dan rumah saya, so konon nak terjah skejap lah! [oh yer rumah saya dekat je ngan office, bezz kan?]
sebelah je office saya! parking pon tak susah tadi sbb saya parking kat parking office saya! ekeke!
lepas hantar je bebudak kat babysitter, trus pecut ke sini..
skali, beratur panjang daaa nak masuk!
orang dah macam org giler masing2 kat dalam tu berebut2 menan!
berkotak2 dan berbondong2 memasing borong!
saya mmg takde plan pon nak beli menan tuk anak2 sendri..just nak cari bday present tuk furqan! ye itulah tujuan asalnye tadi!
dah tu tetibe nampak eh cars! hotwheels lagik! perghhh tak tertahan plak nafsu nak membeli untuk anak sendrik..
tetibe teringat aariz yg sukakan cars![dia mmg suka kereta2 or robots]..
dapat kereta murah rm1 kat tesco tu pon dia suka!
ni kan plak dapat siap ngan track! pergh tak sabau nak tgk ekpresi dia ptg kang bila dapat sets yg kitorang beli tuk dia ni!

oh warehouse ni sampai esok! sesape yg berminat, boleh laa serbu esok!!
macam2 ada! fisher price bouncer tu pon ada!
thomas n friends, barbie, disneys and macam2 lagik!
kitorang mmg beli mana yg aariz suka je laa! tak sesswaii laa plak kan nak beli barbie!kekek
thomas n friends aariz dah ada 2 3 sets, so beli hotwheels n cars je la plak..


hasil rembatan arini: set ini berharge rm50 sahaja!!

set ini plak berharge rm80 sahaja! ada 3 tracks! kalu nak beli asing2 pon boleh..


oh bezznye la kalu saya adalah seorang budak-budak! aiseh jeles! sob sob!


Thursday, March 22, 2012

aqeef's milestones @7mo

tak pernah pon buat milestone aqeef kan?
masa aariz dulu every month buat! ceh malas sungguh mama awak ni sekarang!
aqeef sekarang sudah 7 bulan tau!
berat aqeef awal2 melonjak terkeluar dari carta[eh dah macam lagu najwa latiff pulak ada carta2 akaka] eh silap, terkeluar dari graf!
masuk je umur aqeef 4 bulan, berat aqeef biasa2 saje..
naik 200-300g saje..
tinggi? hmm rasanye aqeef macam tinggi sket dari abang awak..wallahualam..
kita tunggu lah nanti aqeef dah besor cenggane..
aariz dulu agak laju gak laa meniarap,merangkak dan duduk tanpa support..
aqeef ni mama dah nampak slow sket masa aqeef start nak meniarap dan combat tu..
tapi mama tak kesah pon..sebab lain anak lain tumbesarannya!
janji aqeef sehat dan membesar bagai johan! alhamdulillah mama bersyukur..
bulan ini, semua skill lah aqeef master!
puas mama tunggu bila lah aqeef ni nak merangkak..
sebulan lebeh aqeef dah berposisi seperti nak merangkak..
tapi takat goyang ke depan ke belakang je laa..pastuh jatuh perut, combat lagi..
combat bukan main laju pergi!
bersih rumah mama aqeef 'sapu'! akaka..

ini gambar masa awak baru nak masuk 6 bulan..picture taken on 2/2/2012

kate makngah sapiah awak, "dia ni mesti cam dak awan ni, skip merangkak sbb perut berat, trus jalan!".. [dak awan = paksu awan awak]
huu so mama pon ingat mmg aqeef nak skip merangkak!
2 minggu lepas kita balik kampung melaka..ada wedding kawan daddy..
time tu tengah lepak2 kat dalam rumah pengantin..
time tu laa mama discover "eh aqeef ni nak berdiri dah ke?"..sbb aqeef tgh melutut sambil pegang sliding door macam nak berdiri..tapi belom berdiri lagi laa..
time tu aqeef blom merangkak lagi..
ni laa gambar yg sempat mama snap masa kat wedding kawan daddy tu..picture taken: 11/3/2012, aqeef @ 7months 2days old
minggu lepas, seminggu mama jun[babysitter awak] cuti..
jadi mama ler kena jaga awak dan abang awak..
haih fenin mama ok!
nak ngejor awak, nak melayan abang lagik, nak kerja lagi..
seminggu tu jugak laa awak berlajar berdiri, meniti dan merangkak!
awak berdiri dulu baru merangkak! boleh gitu? lompat2!
mama yg eksaited okeh!
semenjak awak dah pandai berdiri, ewah bukan main lagik feveret port awak cabinet tv tu jugak laa yg awak tuju!
letak laa awak jauh2 dari cabinet tu, sekelip mata je awak dah ada depan tv berdiri!
mama ni tak bleh lepa langsung awak!
ari pertama tu je dah 2 kali berdentum awak terhempas ke lantai!
lepas2 tu asik nak kene ngejor awak je la!
awak tuh bukan bleh kene kurung! letak awak kat bumboseat tu sekejap je laa..lepas tuh meraung nak suruh lepas!!
ini awak baru je pandai berdiri!..picture taken: 12/3/2012, aqeef @ 7months 3days old!

tengok, gigil2 awak nak berdiri, tapi awak gigih ok..lebeh dari 10 kali kot awak dok ulang-alik tuju cabinet ni nak berdiri petang tu..huu sekarang awak dah laju dah..


eh awak tau tak..baju yg awak pakai ni baju abang awak tau! size 18m! dia pakai sampai umur dia nak masuk 2thn kot!? awak baru 7bulan dah boleh pakai baju2 abang!
now cot awak tuh pon daddy dah turunkan..
so bertenggek jer laa awak kat dalam tuh macam kene penjara!
tapi untuk keselamatan awak jugak!
sekarang awak eksen ek? berdiri pon sebelah tangan je pegang! macam laa tere sangat!
haha ur notty abang tengah gelakkan awak yg dikurung..
ni awak baru je start nak meniti! terkojut badak mama..semua skill awak nak master dalam masa 2 3 ari?..huuu


so dalam umur awak 7 bulan ni, awak dah boleh berdiri, merangkak, meniti dan duduk tanpa support! tahniah adik!
janji adik happy kan dik? mama happy bila tengok anak2 mama happy!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...