Wednesday, May 25, 2011

amukan si aariz

ni bukan sekadar mengamuk kecil2an..tp mengamuk sakan sampai tahap pukul2 aku,cubit2 aku,tolak2 aku, lepas geram!
Tatau lah apa salah aku tetibe dia nak marah2 n geram ngan aku..tibe tibe je!
memula tu elok je aku ngan dia main tampal2 sticker kat buku thomas dia..
Lepas tu dia start main tampal sendrik2 sbb dia dok tampal,pastu kopek,pastu tampal,naik lunyai sticker tu..malas den nak layan..kita nak tolong dia tak kasik..
So aku layan nora elena ler..dah org tak kasik kacau dia kan..
Sampai lah tibe2 dia ngamok2 ngan sticker tu sbb melekat2 kat tgn dia..aku try laa tolong,tetibe aku pon jadi bahan amukan..eh kita nak tolong,kita plak kene marah..then aku buat tak layan dia.eh tetibe dia nanges..
Try pujuk2..lagik dia meraung..
so aku biar je dia..tgk je dia..lagik kuat dia jerit2!
siap tak kasik aku dok dekat2 ngan dia or tengok dia..tengok dari jauh pon tak boleh ni!
aku lari masuk bilik..eh pon salah..dia jerit2 jugak..
pastuh aku try pujuk dia balik..lagik dia ngamok!
sampai tatau dah aku nak wat ape..
tanye dia "kenape aariz marah? aariz nak apa?" eh dia jerit2 plak..[cakap elok2 ni..aku tak marah langsung]
kasik dia air, dia jerit jugak..
tukar channel to babytv(astro618) pon dia jerit jugak..
tukar plak unifitv channel babyfirst..pon dia jerit jugak..
padahal 2-2 channel tu channel fevret dia skang ni..
last2 dah buntu, aku call daddy dia..ngadu2..[daddy keje malam]
daddy dia suh kasik air sejuk yg dia suka, try kasik dia main tin2 susu yg dia suka atur tu, try tukar channel2 katun yg dia suka..semua aku buat, semua lagik si aariz jerit..
dia tgk aku cam nampak hantu..
aku try nak peluk dia, pujuk dia..dia pukul2, dia cubit2 sampai ketap2 n gigil badan cubit aku..
punye geram..tp tatau apasal tah dia geram sangat!
pastuh dia start guling2..
haih macam naik hantu plak dia ngamok..
aku geram hilang sabar dah, sbb dah 15 minit dia menjerit2 menangis padahal time tu tgh maghrib..tak elok azan tgh berkumandang..dia sakan lagik menjerit..
aku geram, aku hangkut dia masuk bilik, meronta2 tendang2 aku, tak kasik aku angkat dia..
kat dalam bilik, sambung lagik pukul2, tolak2, tarik2, cubit2, semua2 lah dia lepas geram kat aku...aku biar je apa dia nak buat, tp dia tak stop pon nanges, lagik sakan dia nanges ada laa..
sampai aku tanggal laa baju aku, sbb dia dok tarik2 baju aku..[yer laa mana laa tau dia tak suka aku pakai baju tu ke kan]..
tp dia tetap nanges..
tanye dia nak apa, kenapa nanges..dia jerit2 "nanak nanak!"..
apa yg dia taknak pon tatau laa..aku bukan kasik dia apa2 pon..
last2 aku tinggalkan dia sorang2 dalam bilik..
aku sambung tgk nora elena..
dia yg dalam bilik tu cam histeria dah aku rasa..jerit2 tak puas ati lagik..
aku intai, nampak dia tgh hentak2 kaki, pukul2 katil, guling2 marah lagik..
aku amik air semayang, solat maghrib, doa mintak Allah lembutkan hati anakku, pastuh aku bace2 sket tiup kat dalam bilik tu..
lagik kuat dia jerit!
aku pergi serah diri kat dia..kasik dia pukul2 lagik sepuas ati..
mana laa tau bleh ilang geram dia..
aku baca ayat kursi, 3 kul + al-kafirun pastuh tiup kat ubun2 dia..
aku peluk dia, dia tolak2..tak kasik peluk..
dah serius macam org kene histeria betul kali ni..
aku dah naik seriau ok..[ok mungkin bukan histeria..terlebeh sudah aku]
aku gosok2/usap2 belakang dia, pujuk2 cakap leklok ngan dia..pastu ajak dia minum air sejuk..
kebetulan aku ada beli air fresh star fruit kat murni-discovery tadik..pastuh dia cam reda..[padahal memula tadik aku dah offer dia dah tp dia lagik jerit2 kat aku ada laa]
mungkin kepenatan dekat satu jam menjerit2 nanges kot..tu dia reda sket..
lepas dapat air, dia diam je peluk aku..tak lepas..
5 minit lepas tuh dia dah bleh senyum2 ngan aku..
aku pelik betui..apasal tah tetibe dia camtu..
nanges tau aku tgk dia cam tuh.. sayu atiku..
cam benci sangat kat aku sampai tak bleh tgk muka aku..
1 jam menjerit2 nanges..aku risau biru je dia..alhamdulillah tak jadik apa2 smlm..
lepas tu kasik dia susu, pok2 dia sambil tengok mickey mouse dalam bilik, dia tertido..
dengan leganye lepas tu aku dapat conference meeting ngan bos2 di onshore..[kalu tak, plannye nak anto sms dah kat bos-kl cakap tak dapat join meeting - sebbayek keadaan dah tenteram]

kenape eh dia jadik camtu?
pernah tak jadik kat anak korang?
-adakah sbb aku tak layan dia, dia geram? [tp bila aku layan, dia marah]
-adakah dia nampak 'sesuatu' kat aku?
-adakah dia dah mmg benci ngan aku[huuuuwaaaaaaaa sampainye ati benci mama dia sendrik!?]
-ataupon adakah dia tau aku tak lama lagik akan dapat baby baru, dia rasa dia akan tersisih?[eh eh aku tak rasa dia faham lagik benda2 camtu..n ofkos aku takkan sisih dia..dia anak aku..mesti lah aku sayanggggg dia! sayang kene sama rata]
-dia kene sampuk?[heh tolong yg ni aku kalo boleh tanak fikir langsung!!]

haih, mintak lah dijauhkan kejadian sebegini terjadik lagik..
bila kita sorang2, kita akan buntu tatau nak buat apa..serius! aku dah almost fikir nak angkut dia bawak pi rumah bbsitter mintak tolong bbsitter dia tgkkan..
tapi dalam keadaan meronta2 tu, aku plak ngan terboyot2 ni.. aku takut benda lain plak jadik..lagik2 tgh maghrib time tu..tamo laa kejadian lain plak menyusul kan..

doaku hari-hari:
"Ya Allah, jadikan lah anak-anakku anak-anak yang soleh, lembut hatinya, cerdas otaknya, cergas tubuh badannya, beriman dan berilmu" amin!


doa pelembut hati :
للَّّهُمَّ لَيِّنْ لِيْ قَلْبَهُ لَيِّنْتَ لِدَاْوُدَ الْحَدِيدْ
"Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi"

Tuesday, May 24, 2011

6th checkup @ 29th weeks

smlm checkup..
ujan lebat pagik smlm, seperti biasa kalu hujan, mesti jam!
ngan accident merata2..
pastuh jam depan ioi lagik..sbb org sebok nak tgk api! cis!
berat mama 63.2kg..aisehh naik 2.6kg!!
memula naik mesin penimbang tu berat adalah 61.6kg je..skalik baru je nurse tuh nak catat, tetibe je dia naik jadik 63.2! heh..tak aci tau..mana dtg extra tu? kalu timbang kat rumah ni pon mmg 61.6 je..aiseh
berat baby 1.4kg..alhamdulillah ada peningkatan..
urin ok, blood pressure mama pon ok..
so far semuanya ok..alhamdulillah!
tp smlm baby sungguh malu2..
adik tutup muka dia ngan tapak tangan! ala-ala "oopss..no paparazzi plz!"
penuh satu tapak tangan dia tu kat muka! nampak satu2 jari dia..comel!
so takdelaa gambar dia smlm..takkan laa doc nak print gambo tgn dia plak kan?
alahai anak mama..
lepas ni checkup dah start gap 3minggu plak..
waduhhh..dah tak lama je lagik..
gedebak gedebuk gedebak..tup tup dah 7 bulan saya pregnant!skejap sungguh masa berlalu!

-start minggu lepas dah mula rasa baby hiccup dalam perut..
-tendangan baby semakin padu..
-dah mula nampak perut mama berombak2..
oh lagik dasat bila abg aariz beratromen ngan mama, adik dalam perut pon sama macam nak join!aiseh!

Wednesday, May 18, 2011

Gifts from anmum!

weeahoooo!! dapat adiah lagik from anmum!
pagik tadik banyak betul miscall dari beberape no yg tak dikenali! ada satu sms berbunyi:


"salam kak azilah..ada brang dr skynet kurier service nk hanta kat rmh di bayu puteri"

[oh ni sejibik sejibon ayat sms tu..]

so aku pon reply ler: "haa anta laa..saya ada kat rumah"..
ati dok tertanye2 gak bila plak dah aku ada buat shopping online? huh rasa cam takde..
nak kater adiah birthday, dah lama dah birthday aku..
huu tak lama lepas tuh ada org ketuk grill rumah..
bukak2 pintu nampak budak tuh bawak package yg sangat besar!
tak saba2 plak aku tadik nak tgk apa isi dia..
taraaaaaaaa...
rupa2nye adiah from anmum!!
hehe lupa plak aku ada wat redemption tuk dapatkan child monitoring device ni!

langsung tak teringat!
hehe ni kali ke-2 dapat redeem gift from anmum!!
yg first dulu blood pressure monitor..
kali ni child monitoring device plak! yey!! syiokk kan?
hanya perlu isi form kecik tuh dan sertakan skalik 7 hujung pencedok susu Anmum Lacta/Materna bleh dapat benda alah ni!!

oh meh laa join!! promotion until 30th June!
kumpul kumpul, isi form then hanta!
ada jugak satu lagik adiah yg bleh diredeem, hanya perlu 3 hujung pencedok, bleh dapat digital termometer..
for more info, plz go to http://www.anmum.com/

[tetibe jadik promoter anmum club plak!] haih
takpe, sharing is caring kan?

Monday, May 16, 2011

aariz dah bebas dari buai!

fuhh fuhhh dan fuhhhh lagik!!
alhamdulillah dah lena diulik mimpi anak terunaku itu!!
fuhh! rasa nak pengsan, lembek badan ni, arini konon2 masak lauk fevret tuk bukak puasa and plus sup sayur pucuk+petola tuk si aariz..pastuh sendrik lembek longlai..
aariz plak datang perangai ngade dia tadik, time aku nak bukak posa tu lah time dia nak car laa, nak air melo aku laa, nak tgk tv kat dalam bilik laa, nak fridge magnet laa..dan nak macam2 lagik! aku yg tgh kebulur ni, makan asik terganggu..2 3 kali jugak laa tersedak dan tercekik aku tadik..mana nak layan dia, nak isi perut lagik, nak kejar solat maghrib lagik.. rasa nak mengamok je aku ngan dia tadik! [rasa je laa..tak mengamok pon - tak larat nak mengamok buang tenaga je, dah le tgh lembek+kebulur]
tak dilayan, ditarik2 tgn ni, ditarik2 baju ni suh jugak kita layan dia..geram betul!
kelam kabut gak laa maghrib tadik aku sorang2!
en. daddy bekerja malam arini ye.. sian kan saya?
tadik sesudah solat maghrib[solat maghrib pon ketaq lutut tadik tatau apahal tah], aku suap dia makan nasik, layan dia tgk tv dalam bilik, kasik dia minum susu, then trus tutup lampu satu rumah! bergelap!
tujuannye nak kasik dia tido! aku kol 9pm dah nak kene start keje..haruslah tidurkan dia dulu!
huh mmg tak jadik keje laa kalu dia masih berjaga..ada je laa projek dia dalam bilik ni join aku skali karang..
tak dia ganggu aku nak main jugak laptop, dia kacau barang2 aku..abih sepah tunggang langgang bilik komputer/kerja ni jadiknye..
tepuk2 dia, garuk2 belakang dia, 1/2 jam kemudian dia terlelap! fuhhh fuhh dan fuhh!! BERJAYE!!sebelum kol 9pm dia dah tido! tak sangka seawal itu dia bleh tido! lagik2 tanpa buaian!
oh kitorang sekarang mmg tgh nak ceraikan dia dengan buai!
malam ke siang ke, mmg kitorang tidurkan dia tak berbuai!
mulanye 2 minggu lepas laa..time tu kitorang balik kontan..ada kenduri kawen..
malas nak ngangkut buai balik rumah toklong aariz tu..tgh ramai2 n sesak2 rumah org kenduri kawen, mana nak taruk buai dia kan?[oh kitorang mmg kalu balik kampung terpaksa hangkut buai, kalu tak budak itu mmg susah mau tido]..
so takde laa kitorang bawak balik buai time kenduri tu..
first night tanpa buai di rumah toklong aariz, mak oiii kol 12am dia blom tido lagik..
bebudak kecik lain dah start sunyi sepi layan lena..
dia? tepuk laa bagai nak rak..jgn arap dia nak tido!
dah gelapkan ruang tamu tmpat kitorang tidur tu, pon tak jalan..
en. daddy siap bertatang, dukung dia sambil dodoi2 pon tak tido gak!
sampai lah daddynye menggunekan kekerasan..paksaan! kene marah n lepuk sket ngan daddy dia, baru lah dia tido..itupon lepas dah nanges2 kene paksa tidur..terpakse! kalu tak, sampai ke pagik le gamaknye dia tak tido..mata bolatt je!! takde langsung nampak dia penat ke ngantuk ke..haih!
kemudian malam2 berikutnye pon lepas dipopok[tepuk], garuk2 belakang dia, baru dia tertido..
sehari lepas kenduri, kitorang balik mlk, eh senang plak dia tido siang tanpa buai..
then sampai je kl, kitorang sorong buai masuk bilik lagik satu..so dia tak bleh laa nak mintak buai, sbb dia tak nampak buai kan?? slalu kalu nak tido, dia tunjuk2 buai, nak tido dalam buai..
nampak dia ok plak tido tanpa buai..
sampai laa ke arini! dah 18hari dia tak berbuai di rumah!
dan dia langsung tak mintak nak buai! alhamdulillah!!
kat rumah babysitter lain kes laa..aku tak sure dia still buai ke tak..still kot?
tp janji dia tak mintak buai kat rumah ni dah!
tido atas katil, ditepuk2, dan digaru2 belakang tuk tido!
cuma tak tahan nak kene menggaru belakang dia sampai dia tertido tu je laa..
selagi dia tak tido, jgn lah stop..cube lah stop, sure dia akan tarik tgn kita,letak kat belakang dia suh garu2 jugak belakang dia..lagik lambat laa dia tido..
haih! daddy kate tu jangkit habit aku laa tu time pregnantkan aariz dulu suka sangat suh dia garukan belakang tiap kali nak tido..tp serius weh..dapat org garu2 belakang time nak tido, masyukkk je..tak garu, tak bleh tido!
satu gik aku time pregnantkan aariz dulu, suka suh en. daddy usap2 kepala, main2 rambut time aku nak tido..rasa masyukkk je sampai bleh terlena..kalu tak, tak bleh tido weh!!
pepaham je laa kan, ibu mengandung kan mmg susah nak tido? kenape hah?
aku skang penyakit tuh datang lagik..mata ngantuk gila ni..badan penat semacam! TAPI tak bleh lena!! puas golek2 pon tak tido! haih!
jadi itu lah dia so far kejayaan kami menidurkan aariz tanpa buai!
senang hati kami tak perlu nak usung ke sana ke mari buai!
dulu dengan buai mmg senang je laa nak tidokan si aariz..tp nampak gayanye sekarang, tanpa buai pon kitorang dah boleh tidorkan dia! tak perlu risau lagik!! yey!!
hepi hepi hepiiiiiiiiiiiiii!!

Thursday, May 12, 2011

sedang mencari..

haih...sape tau kat mana bleh tempah kek n cuppies mickey mouse cantik,sedap dan berbaloi hargenye?
huu dah email bite me tu, tp tak reply2..dah 3 minggu email, senyap je..hadoi
tadik sms evi (thebakingfairies), dia freeze plak any order cakes n cuppies until october..haih sayang..mmg cun n nampak sedap gilos cuppies n cakes minnie mouse yg dia buat tuk naira(anak emi joe)..sedeh sedeh..
haih mana lagik nak carik ni? sape tau? plzz plzzz..


oh oh saya plan nak wat 2nd bday party for aariz in june!..
tu sbb sedang mencari2 idea tuk deco dan tempat tuk menempah cakes+cuppies..
haih..hajat di hati buat simple2 sudah..janji dapat gather kawan2 dan aariz dapat bergumbira..
meh tolong saya meh!

Wednesday, May 11, 2011

aariz @ kizsports & gym

ni baru kali ke-2 je aariz bersantai2 di kizsports & gym..
yg first dulu kat bangsar village..
kali ni kat great eastern mall..
biasalah kitorang ni kalu takde aktiviti di ujung minggu, maka daddy rajin laa bawak si aariz bermain2..
tak ke giant kota damansara main2 kereta n boling, daddy bawak main2 kat taman..
kali ni tetibe dia ajak pergi ke great eastern mall plak..
nak makan kat cozy house katenye..
uhh pucuk dicita ulam mendatang laa kan! i suke ayam cahew nut kat cozy house! nyummm!
lagikpon kalu ke great eastern mall, bleh ajak skalik kakak2 aariz yg dok kat kampung warisan tu join skalik..
so tgh ari tu, kitorang makan2 dulu kat cozy house then baru bermain2 sakan sampai ke ptg di kizsports..
oh kizsports & gym kat G.E.M ni aku tgk slamber je mak bapak naik skalik main ngan anak2..
sbb kat bangsar takd eplak aku tgk mak bapak join naik panjat2..
aku yg terboyot2 ni takde laa plak nak panjat2 kan..so tgk je laa dari bawah..
sambil lepak2 makan kat cafe dia, sempat laa ngintai anak2 dara org comel2 pakai baju ballet..ohh cute sungguh derang..[bezznye kan kalu ada anak pompuan? bleh anta pi ballet]..
kat situ bukan setakat ada kelas ballet, kelas taekwando pon ada gak..
sok2 aariz dah besar boleh lah mama anta aariz masuk kelas martial art! bleh jadik cam daddy, ada taekwando..nak lagik bezz, jadik cam tokbak yg ada black belt! fewwitt!
aaa takpon aariz join laa pakngah+kak sarah n kak sofia yg ada aikido tu..mana2 laa..nanti akan difikirkan ye!
ada gak laa 3jam kot dok dalam kizsports tu..lama kan?tak sedar masa berlalu..
sebelum balik tu, sempat singgah clarks + starbucks..aha time ni laa yg aariz dapat kasut ada lampu!
kitorang maghrib di kampung warisan kejap, around 8pm kitorang pon balik..
letak je aariz dalam carseat, tak sempat kereta gerak dia dah krohh krohh..kepenatan! eksais laa katakan! haha..moh ler kita layan gambar..maleh nak citer lebeh2..


posing sementara tunggu makanan sampai..

yummeeeh!! ni je laa lauk yg kami makan..tp fuhhhh berselera tau kitorang makan, siap tambah order nasik lagik satu pinggan..wakakaka


budak tecit ni kalu ajak berposing..gini lah gaye dia..haih

main perang2 bola..sian kakak sarah kene buli..






sekian..nanti kita pergi lagik eh aariz?

Thursday, May 5, 2011

malas!

sedang bercoti2 sakan selama seminggu..tp hanye lepak di rumah..

hanya ujung minggu dipenuhi dengan aktiviti..

ujung minggu lepas balik kg kuantan+melaka,

ujung minggu ni pulak insya Allah akan ke sungkai berkelah di tepi sungai sambil berBQ dan makan2 buah2an di dusun buah..nyum!

sangat malas nak update blog..padahal banyak entry yg menanti untuk di update..

sedang coba berpuasa ganti..harap2nya berjaya lah sebelum meletop nanti..

sbbnye dah meletop nanti bertambah2 utang puasa saya! adoi! risaunye!

go ila go!



tak saba nak tunggu buka puasa ptg karang! pakapau!

yeahh!!

semenjak ofis daddy pindah ke sek 14 pj, tiap2 kali dia balik kerja, pasti aku order pakapau!nyumm!

ptg ni pakapau lagik! yey!

dah! mau layan glee n greys anatomy..bye

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...